Aplikasi Google Family Link for Parents boleh digunakan dengan membuka akaun Google untuk anak-anak yang berusia 13 ataupun bersesuian di negara yang dilayari untuk memantau dan mengawasi penggunaaan platform digital oleh mereka.
Dengan aplikasi Google Family Link ini ibu bapa juga dapat memantau dan menyelia akaun Google anak – anak mereka. Selain itu, aplikasi Google Family Link ibu bapa dapat membimbing anak – anak mereka ke kandungan yang lebih baik agar anak – anak tidak terdedah dengan kandungan yang tidak baik dan tidak sesuai untuk kanak – kanak. Oleh itu, dengan aplikasi Google Family Link ini, ibu bapa tidak perlu risau akan kandungan yang akan di lihat oleh anak – anak jika mereka menggunakan peranti untuk melihat pelbagai perkara.
Sebagai ibu bapa, mereka boleh menggunakan Google Family Link for Parents untuk melakukan perkara seperti berikut:
•Tukar beberapa tetapan Akaun Google anak mereka.
•Mengurus aplikasi anak mereka di mana menetapkan aplikasi mana yang dapat digunakan atau dibeli oleh anak mereka di sanping menyekat pengunaan aplikasi yang tidak berkaitan.
•Memeriksa dan mengesan lokasi peranti Android.
•Menyekat kemasukan atau langganan aplikasi di Google Play.
•Dapat mengunci aplikasi yang tidak dibenarkan oleh ibu bapa
•Ibu bapa dapat memantau keberadaan anak – anak
•Dapat menetapkan had masa skrin untuk anak – anak mengakses sesuatu aplikasi
Buku Google Play Book adalah satu-satunya aplikasi yang anda perlukan untuk menikmati buku audio dan ebook yang telah anda muat turun dari Google Play.
Anda boleh pilih daripada berjuta-juta ebook, komik, buku teks dan buku audio terlaris. Muat turun buku yang ingin anda baca atau dengar semasa dalam perjalanan. Setelah selesai, cari kegemaran anda yang seterusnya dari cadangan yang disesuaikan hanya untuk anda sahaja. Beli buku audio dan ebook semasa anda pergi dan tidak memerlukan untuk langganan.
Dengan menggunakan aplikasi Google Play Book ini, terdapat beberapa lagi keistimewaan jika melayari aplikasi ini. Antaranya ialah :
•Pengalaman Membaca yang Hebat
•Sediakan buku anda untuk dibaca walaupun anda tidak tersambung ke Internet
•Ubah fon dan susun atur, cari di dalam buku
•Dapat mencari Berjuta-juta Judul buku yang diminati
•Lebih dari 4 juta buku dalam setiap kategori yang dapat dibayangkan untuk kita membaca
•Berjuta-juta buku percuma tersedia serta-merta
•Halaman pratonton percuma
•Penyimpanan buku tanpa had di awan digital
•Segerakkan Dengan perpustakaan buku Google Play anda
Google Fit adalah platform pengesanan kesihatan yang dibangunkan oleh Google untuk sistem operasi Android, Wear OS dan Apple Inc. Google Fit menggunakan sensor dalam mengesan aktiviti pengguna atau peranti mudah alih adalah untuk merakam segala aktiviti kecergasan fizikal seperti berjalan kaki, berbasikal, berlari dan lain – lain lagi. Dengan aplikasi Google Fit ini, ia akan dapat diukur terhadap tujuan kecergasan pengguna untuk memberikan gambaran menyeluruh mengenai kecergasan mereka.
Google Fit menggunakan sensor yang terdapat di dalam peranti seperti telefon pintar untuk mengesan aktiviti seperti berjalan, berbasikal dan berlari secara automatik. Seseorang juga boleh menggunakannya untuk mengesan objektif kecergasan dan kemajuan penurunan berat badan mereka mengikut tempoh yang dipilih seperti hari, minggu dan bulan.
Cara Mendapatkan Aplikasi Google Fit
Aplikasi Google Fit boleh dimuat turun percuma dari Google Play Store. Setelah memuat turun aplikasi di peranti mudah alih, seseorang mesti bersetuju dengan Syarat Perkhidmatan Google, tekan seterusnya dan beri Google kebenaran untuk mendapatkan maklumat aktiviti dan sejarah lokasi. Data lokasi membolehkan seseorang melihat kemajuan mereka sepanjang hari dan lokasi tempat mereka bersenam.
Selain itu, Google Fit ini adalah bukan satu peranti pintar yang dapat mengesan atau mengakses sesuatu tanpa menetapkan apa – apa tetapan secara automatik ia memerlukan kita untuk menetapkan segala aktiviti secara manual. Ia juga sukar untuk mengetahui berapa banyak atau jenis aktiviti yang kita akan perlukan untuk kekal sihat. Oleh itu, Google Fit ini telah bekerjasama dengan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) dan Persatuan Jantung Amerika (AHA) untuk membawa anda ke Heart Points, matlamat aktiviti yang dapat membantu meningkatkan kesihatan anda.
Tetapan asal Google ditetapkan pada satu jam aktiviti setiap hari, tetapi itu mungkin terlalu banyak atau terlalu sedikit bergantung pada tahap kecergasan seseorang itu. Ini dapat disesuaikan dengan menekan pada butang Menu (itu adalah ikon dengan tiga titik menegak di sudut kanan atas layar) dan memilih Tetapan dan menukar Matlamat Harian
Bismillahirrahmanirrahim. Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang..Assalamu'alaikum wbt.
Blog ini dibangunkan untuk memenuhi Tugasan Kerja Kursus Subjek STID1103 (Aplikasi Komputer Dalam Pengurusan) secara berkumpulan. Kumpulan kami terdiri daripada 2 orang ahli, berikut merupakan pengenalan diri secara ringkas :
Nama : Nur Hazwani Binti Abdullah (
Hawa)
No Kad Matrik : 276152
Umur : 29 Tahun
NAMA: ZAINI FATEN BIN ISMAIL
NO KAD MATRIK : 276252
UMUR : 33 TAHUN
Kami merupakan pelajar Pengajian Jarak Jauh (PJJ) di Universiti Utara Malaysia (UUM) dan kami di tugaskan untuk membuat satu blog berkaitan dengan “Google Tools”. Tapi bila tempoh Pandemik Covid-19, sukar untuk kami jumpa untuk berbincang secara fizikal. Tambahan pula salah seorang kami merupakan “Frontliner” di Kluang, Johor. Oleh itu, segala perbincangan hanya dilakukan melalui aplikasi “Whatapps” sahaja.
Nak tanya korang semua apa yang korang tau pasal “Google
Tools” nie???
Google Tools nie banyak benda kita boleh buat and semua
yang kita nak boleh try kat pakcik “Google Tools” Nie. Ada banyak aplikasi dalam Google Tools, untuk tugasan ini kami memilih :