Apa itu Google Fit? Google Fit adalah platform pengesanan kesihatan yang dibangunkan oleh Google untuk sistem operasi Android, Wear OS dan...

Google Fit

 Apa itu Google Fit?

Google Fit adalah platform pengesanan kesihatan yang dibangunkan oleh Google untuk sistem operasi Android, Wear OS dan Apple Inc. Google Fit menggunakan sensor dalam mengesan aktiviti pengguna atau peranti mudah alih adalah untuk merakam segala aktiviti kecergasan fizikal seperti berjalan kaki, berbasikal, berlari dan lain – lain lagi. Dengan aplikasi Google Fit ini, ia akan dapat diukur terhadap tujuan kecergasan pengguna untuk memberikan gambaran menyeluruh mengenai kecergasan mereka.


Google Fit menggunakan sensor yang terdapat di dalam peranti seperti telefon pintar untuk mengesan aktiviti seperti berjalan, berbasikal dan berlari secara automatik. Seseorang juga boleh menggunakannya untuk mengesan objektif kecergasan dan kemajuan penurunan berat badan mereka mengikut tempoh yang dipilih seperti hari, minggu dan bulan. 


Cara Mendapatkan Aplikasi Google Fit

Aplikasi Google Fit boleh dimuat turun percuma dari Google Play Store. Setelah memuat turun aplikasi di peranti mudah alih, seseorang mesti bersetuju dengan Syarat Perkhidmatan Google, tekan seterusnya dan beri Google kebenaran untuk mendapatkan maklumat aktiviti dan sejarah lokasi. Data lokasi membolehkan seseorang melihat kemajuan mereka sepanjang hari dan lokasi tempat mereka bersenam. 


Selain itu, Google Fit ini adalah bukan satu peranti pintar yang dapat mengesan atau mengakses sesuatu tanpa menetapkan apa – apa tetapan secara automatik ia memerlukan kita untuk menetapkan segala aktiviti secara manual. Ia juga sukar untuk mengetahui berapa banyak atau jenis aktiviti yang kita akan perlukan untuk kekal sihat. Oleh itu, Google Fit ini telah bekerjasama dengan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) dan Persatuan Jantung Amerika (AHA) untuk membawa anda ke Heart Points, matlamat aktiviti yang dapat membantu meningkatkan kesihatan anda. 

Tetapan asal Google ditetapkan pada satu jam aktiviti setiap hari, tetapi itu mungkin terlalu banyak atau terlalu sedikit bergantung pada tahap kecergasan seseorang itu. Ini dapat disesuaikan dengan menekan pada butang Menu (itu adalah ikon dengan tiga titik menegak di sudut kanan atas layar) dan memilih Tetapan dan menukar Matlamat Harian


Link: https://www.google.com/fit/

Tutorial: https://www.youtube.com/watch?v=J_tZfHz3Gxo&ab_channel=UltimateYou-HabitBasedNutritionCoaching

Video berkaitan Google Fit:



0 Comments: