Google Family Link for Parents
Aplikasi Google Family Link for Parents boleh digunakan dengan membuka akaun Google untuk anak-anak yang berusia 13 ataupun bersesuian di negara yang dilayari untuk memantau dan mengawasi penggunaaan platform digital oleh mereka.
Dengan aplikasi Google Family Link ini ibu bapa juga dapat memantau dan menyelia akaun Google anak – anak mereka. Selain itu, aplikasi Google Family Link ibu bapa dapat membimbing anak – anak mereka ke kandungan yang lebih baik agar anak – anak tidak terdedah dengan kandungan yang tidak baik dan tidak sesuai untuk kanak – kanak. Oleh itu, dengan aplikasi Google Family Link ini, ibu bapa tidak perlu risau akan kandungan yang akan di lihat oleh anak – anak jika mereka menggunakan peranti untuk melihat pelbagai perkara.
Sebagai ibu bapa, mereka boleh menggunakan Google Family Link for Parents untuk melakukan perkara seperti berikut:
• Tukar beberapa tetapan Akaun Google anak mereka.
• Mengurus aplikasi anak mereka di mana menetapkan aplikasi mana yang dapat digunakan atau dibeli oleh anak mereka di sanping menyekat pengunaan aplikasi yang tidak berkaitan.
• Memeriksa dan mengesan lokasi peranti Android.
• Menyekat kemasukan atau langganan aplikasi di Google Play.
• Dapat mengunci aplikasi yang tidak dibenarkan oleh ibu bapa
• Ibu bapa dapat memantau keberadaan anak – anak
• Dapat menetapkan had masa skrin untuk anak – anak mengakses sesuatu aplikasi
0 Comments: